Abarth 695 Tributo Ferrari

Amukan mini Ferrari disebalik kecomelannya.

Buat pertama kalinya diperkenalkan di Frankfurt Motor Show pada tahun 2009. Banyak keunikan yang telah diberikan kepada kereta ini, dan sebelum tu uncle nak kasi tau kat sahabat semua, model yang dikeluarkan ni adalah "tersangatnya power" dari list keluarga Abarth 500. Karang korang tanya pulak..Abarth 500 dari mana ? hishhh biar uncle kasi pencerahan .. Abarth ni adalah penala atau cakap "omputihnya" tuner. Bila Fiat 500 dilancarkan maka berlakunya kolobrasi antara Fiat dan Abarth. Bila dikeluarkan model Abarth 500, depa terus tukar lambang fiat ke lambang kala jenking, bukan lambang ungka atau mentadak terima kasih.!!

Berbalik pada kisah Abarth 965 ni pulak, kali ini geng-geng dari Ferrari pulak berminat nak "bersama" Apabila tuner Abarth bergabung dengan kejuruteraan dari Ferrari, maka hasil yang dikeluarkan memang walaweii cukup dasyat ler.

Apa yang dasyat tu? Meh uncle terangkan satu persatu. Semestinya membuatkan korang terlopong dan terpegun hahaha

Model ini boleh ditakrifkan satu satu lagi pilihan kereta mewah terutama untuk mereka yang sukakan model yang kecik-kecik. Sudah tentunya kepada pemilik atau pengumpul kereta mewah jenis Ferarri (satu koleksi wajib kot) Korang nak beli pun uncle ada kisah?
Tengok pada luaran pun dah tau, cat merah Ferrari dengan jalur ditengah-tengahnya (diambil dari salah satu model Scuderia). Bukan itu sahaja, pelbagai akseseori tambahan telah disumbat untuk membezakan dengan model Abarth 500.

Ciri-ciri tambahan

Kalau dah bergabung dengan jurutera Ferrari maka enjn merupakan nadi perubahan terbesar, dengan 1.4 T - Jet Turbo 16V ditala untuk memberikan sungkitan sebanyak 180HP. Kotak gear pula dari jenis MTA (Manual Transmisi Automatik) dengan pengenalan paddle gearshift di belakang stering (biasanya diletakkan pada kereta sport, err tapi model ni pun dikira kereta sport jugak !)
Kereta nampak kecik tapi jangan tak percaya, rim tayar jenis aloi 17" - bapak besar !! lepas tu diberi pulak brek jenis Brembo, biar brek "menyakaq"

Lampu pulak bukan jenis halogen tapi telah diganti dengan xenon hasil dari Magneti Marelli Auto, bukan lampu cikai beb!!

Tempat duduk pula telah berkurangan 10kg dari yang standard. Abarth Corsa dari jenama Sabelt dan kerangka tempat duduk dari gentian karbon.

Stering pula disadur kulit berwarna hitam dengan paduan warna merah dan ruangan dalaman iaitu dashboard serta instrumen lain dibuat oleh Jaeger, tapi banyak ilham hasil dari instrumen tipikal Ferarri. Dan kalau diperhatikan ke bahagian letak kaki dilindungi sepenuhnya dengan pelapik aluminium tahan licin dan pedal tekan minyak dihiasi dengan lambang kala jenking.

Dan satu lagi ciri penting pada Abarth 695 terletak pada sistem ekzosnya yang dihasilkan dari Ferrari. Kalau dari pengkiraan kita, model yang keluar tu "kecik comel-lotei" jadi sound dia pun halus-halus jer, tapi korang silap !!! Bunyi yang dihasilkan dari Abarth 695 ternyata memekakkan telinga tak padan dengan badannya. (Inspirasi bunyian melebihi 3,000 rpm)

    




Harga ?

Haaa mungkin ada yang tengah berkira-kira nak membeli tapi kurang pasti dengan harganya. Uncle kasi pembayangnya .. jika model Fiat 500, harga dalam linkungan RM125k kemungkinan untuk model Abarth 695 harganya mencecah RM300k atau lebih. Moh kita kumpul seposen sehari hahahha 





»»  READMORE...

Dodge SRT Viper 2013

Model terbaru dengan sengata lebih berbisa.

Kepada mereka yang sukakan game lumba kereta seperti Grid ataupun Need For speed, sudah sedia maklum bahawa begitu sukar sekali nak mengendalikan model Viper. Memang mencabar, tapi rasanya tak sama jika berpeluang untuk memandu uji model sebenar. Siapa nak sponsor uncle ke US sila angkat kaki? hahahah

Viper meneruskan keseinambungan setelah beranak pinak selama 5 generasi dengan memperkenalkan 2013 SRT Viper. Model serba merah yang memukau masih berfizikal seperti model terdahulu, namun tidak pada segi batinnya. Waa kereta pun ada tenaga batin ka? kekekeke

Enjin dibuat sepenuhnya dengan tangan tanpa bantuan mesin, Semuanya aluminium dengan 8.4Liter V10 rasanya boleh tahu kekuatan enjin ni. 640hp dan 600lb-ft tork boleh dikatakan model yang begitu ganas henjutannya di dunia. Kata depalah ..

Model ini telah mengalami banyak pembaharuan, Geng jurutera SRT telah membuang berat sebanyak 25lbs untuk enjin sahaja. Untuk keseluruhan hampir 100lbs .. punca model ini berjaya diringankan adalah kerana pembinaan dari aluminium serta body dari carbon fiber.

Dari segi casis, senang dan paling mudah, diangkat dari casis GTS-R kereta lumba, maknanya pemanduan di atas jalan raya dengan casis kereta lumba .. puas hati kan? Kekuatan struktur model ini juga kalau dperhatikan pada gambar yang uncle sedia di bawah, tertumpu pada  Pemegang bar berbentuk "X" yang diperbuat dari aluminium yang dipasang pada ruangan depan enjin, memberikan pemanduan tanpa goyang-inul, mantap untuk meratah selekoh.





Sentuhan dalaman

Dari segi dalamannya, pihak Viper masih mengekalkan ciri kesederhanaan. Disebabkan model Viper direka untuk bawak laju, jadi suasana dalam diringkaskan agar mata tertumpu di depan. Walau bagaimanapun kabin dalaman telah diperbaharui supaya tampak ekslusif dengan warna merah-ang !! dengan kontras paduan warna 3 lapisan "gun-metal" 

Kata uncle - Sudah pastinya model terbaru Viper ini mendatangkan suatu ancaman kepada model sekutunya. Model kereta yang boleh disamakan dengan taraf kekuatan Viper adalah seperti Chevrolet Corvete ZR1, Porsche 911 Turbo dan Audi R8. Sudah semestinya satu persaingan yang sengit untuk menjadi jentera pilihan para pembeli.


»»  READMORE...

Porsche Panamera Turbo S 2012

Pilihan untuk keluarga riang ria?

Sekarang ni sudah semacam satu trend, Pihak pengeluar utama kereta dunia seperti Aston Martin, Lamborghini, Ferrari (sekadar menyebut sebahagian nama) dan Porcshe berlumba-lumba menyediakan model dengan 4 tempat duduk. untuk kegunaan keluarga ataupun bos yang teringin nak naik kereta sport tapi nak kasi drebar yang pandu ja. Bos layan kat tempat duduk belakang.

Porcshe telah memperkenalkan model 4 tempat duduk yang dikenali sebagai Panamera. Setelah melalui beberapa evolusi, pada tahun 2012 depa telah melancarkan model Panamera Turbo S.

Sedah semestinya model baharu ni lebih kencang lebih bertenaga dengan Turbocharged berkembar 4.8Liter V-8. Dengan kekuatan kuasa kuda 550bhp dan sungkitan 553 tork, lebih 37 tork dari model Panamera Turbo, ditambah lagi dengan pilihan butan "Sport dan Sport Plus .. membolehkan Turbo S membuat anjakan tork sehingga 590.

Enjin diperbuat dari titanium-aluminuium dengan peningkatan teknologi pintar menerusi ECU, telah menjadikan model Turbo S lebih ringan dan lebih responsif dari segi pengendalian. Kelajuan yang dicatatkan oleh Turbo S ialah dalam masa 3.6 saat (0-60mph) Walaupun besar dari segi fizikal tapi kelajuannya boleh tahan gak..


Kabin dalaman dari kulit, 2 ton warna (warna krim dan hitam) memberikan wajah yang esklusif dan mewah. Memang mewah pun huhuuu. Harganya kalau Panamera biasa di Malaysia adalah dalam linkungan RM500k hingga ke RM800k. Jadi untuk Turbo S kemungkinan harganya lebih tinggi.

Kata uncle - Porsche beb !! walaupun besar dengan tambahan saiz belakang tapi kelajuannya memang hebat. tempat duduk belakang pun luas, Uncle pernah jenguk model Panamera masa tengah memarking kat Hotel Putra Palace, tapi dihalau oleh pak guard.. cisss tak guna punya pak guard...bikin malu jeee...


»»  READMORE...

Mercedes-Benz SLS AMG Roadster 2012

Mercedes semenjak dua menjak ni cenderung memperkenalkan kembali model-model klasik yang diberi wajah baru dengan memberikan suntikan teknologi terkini, model yang diketengahkan ialah 300SLS.

Pada tahun 2012, Mercedes SLS AMG Coupe bersama Roadster bergabung idea memberikan sentuhan pada 300SL. Dua tempat duduk dengan enjin 6.3 Liter DOHC 32 Valve. Menjana 563hp pada takat 6,800rpm. Terima kasih pada enjin AMG V8 suntikan bahan api elektronik. Kereta ni boleh pergi dalam masa 3.7 saat (0-60mph) Laju gak..

Bahagian dalaman memang ekslusif, tengok gambar di bawahpun mungkin membuatkan korang ternganga, jaga-jaga nanti lalat masuk mulut hihihi

Mode pemanduan boleh dipilih sama ada "comfort, sport, sport plus atau jemu dengan teknologi canggih tekan je mode manual. Selain dari knob AMG E-Drive, model ini turut dilengkapi AMG Shift paddle (untuk pemanduan manual)








Pilihan warna kabin sehingga ke steering boleh dibuat oleh pembeli. Kulit atau Alcantara pilih mana berkenan di hati. Untuk sistem bunyi, tak payah pening kepala nak modified, 1,000-watt Premium Bang & Olufsen sedia melayani telinga korang. Bunyi datang dari mana? Ada 11 bijik speaker dengan 2 subwoofer .. perghhh ini baru betul ICE POWER !!

Kata uncle - Memang cantik model ni, tengok rekabentuk luaran dan dalaman boleh mendatangkan cinta pandang pertama, tapi harga nya boleh menyesakkan nafas. Dalam US - Standard harganya dalam $196,100.00, jika tambah itu-ini harganya boleh mencecah sehingga $214,725.00. Err dalam mawatawang Dollar harap maklum hihihi.Normal lah, namapun Mercedes. Kereta yang akan menjadi klasik di masa hadapan.



»»  READMORE...