Aksi lasak si lembu Lamborghini
Model Urus ini telah diperkenalkan oleh CEO Lamborghini iaitu Stephen Wilkelmann semasa pertunjukan Auto Antarabangsa Beijing. Walaupun model ini hanya sekadar konsep (pertunjukan) semata tetapi sudah mula mendapat perhatian orang ramai terutama pengumpul tegar Lamborghini. Model Urus telah diperkenalkan oleh pihak Lamborghini dengan mengambil contoh kejayaan Porsche yang memperkenalkan model SUV mereka iaitu Cayenne.
Sebab lain kenapa Urus diperkenalkan ?
![]() |
Stephen Wilkelmann |
Wilkelmann telah membuat kajian serta maklum balas dari pelanggan dan telah merumuskan bahawa akibat kekayaan melampau-lampau yang dimiliki oleh pelanggannya, maka setiap garaj depa mesti wajib ada seketul SUV untuk kegunaan lasak. Maka dengan tidak menghampakan pelanggan setia, Lamborghini pun mengeluarkan model SUV untuk memenuhi selera dan menambah koleksi jenama Lambo dalam garaj masing-masing.
Apa yang best tentang Urus ni?
Dah nama pun kenderaan konsep maka segala detail masih dalam kesamaran. Luaran sudah sedia maklum rekabentuknya tajam berlekuk sana sini. Dari segi tinggi, hanya kira-kira 5.5 kaki. Seperti kereta sedan tapi ditinggikan sedikit, haa camtulah gambarannya hahah.
Dari segi enjin, dengan rekabentuk SUV sudah tentu kedudukan enjin nya di depan, dengan mensasarkan kuasa kuda sebanyak 600 namun begitu konfigurasi enjin masih tak didedahkan. Mungkin enjin akan diambil dari Bentley, anak syarikat di bawah pemilikan Volkswagen. Untuk pengetahun Bentley turut mengeluarkan model percubaan SUV iaitu EXP9 concept (diperkenalkan semasa pertunjukan kereta di Geneva)
Apa tu Urus? haaa mungkin nama tu agak pelik bunyinya. Sebenarnya perkataan Urus diambil sempena nama lembu jantan prasejarah.Jadi bukannya diambil sempena nama pengurus atau urusetia ok.
Uncle harap model ini dapat direalisasikan secepat mungkin. Kalau adapun memang tak termampu nak beli hahahha !!!
11 comments:
kaler merah dia ranggi laa ^^
adeh.. semuanya yg kat sni mampu menjeling2 je
order 2 uncle.. gambar jer lah.. heheh
kalau sewa sehari pun tak mampu hihi
ye lah uncle.. sy pun menaruh harapan agar dpt direalisasikan...
walaupun xleh nk beli,,
bertmbah cantik keta ni klu sy sebagai pemandunya! hahaha!!! uncle jgn menyibuk nk duk sblh dgn berkain pelikat! rosak pemandangan.. ;P
@caliph shuriken - uncle setuju ..mmg merah nampak ganas ...
@syiela - jeling-jeling apa? terbeliakkan bijik mata lagi best hihihi
@gnesop.com - gambar boleh free donlod ..tapi kalau nak order ..2- seringgit hahaha
@Beckhrooy kalau kat malaysia..sewa sehari ferrari dalam RM20k..kalau yg ni tak tau lah berapa rega hahaha
@FARHAN - teruskan imaginasi anda...uncle tak menyibuk kali ni hahaha..
nak cat metellic colour dia pun TA tak mampu...
From TiranaAduka.....: Blog Tirana Aduka Juga
Post a Comment