Model terbaru dengan sengata lebih berbisa.
Kepada mereka yang sukakan game lumba kereta seperti Grid ataupun Need For speed, sudah sedia maklum bahawa begitu sukar sekali nak mengendalikan model Viper. Memang mencabar, tapi rasanya tak sama jika berpeluang untuk memandu uji model sebenar. Siapa nak sponsor uncle ke US sila angkat kaki? hahahah
Viper meneruskan keseinambungan setelah beranak pinak selama 5 generasi dengan memperkenalkan 2013 SRT Viper. Model serba merah yang memukau masih berfizikal seperti model terdahulu, namun tidak pada segi batinnya. Waa kereta pun ada tenaga batin ka? kekekeke
Enjin dibuat sepenuhnya dengan tangan tanpa bantuan mesin, Semuanya aluminium dengan 8.4Liter V10 rasanya boleh tahu kekuatan enjin ni. 640hp dan 600lb-ft tork boleh dikatakan model yang begitu ganas henjutannya di dunia. Kata depalah ..
Model ini telah mengalami banyak pembaharuan, Geng jurutera SRT telah membuang berat sebanyak 25lbs untuk enjin sahaja. Untuk keseluruhan hampir 100lbs .. punca model ini berjaya diringankan adalah kerana pembinaan dari aluminium serta body dari carbon fiber.
Dari segi casis, senang dan paling mudah, diangkat dari casis GTS-R kereta lumba, maknanya pemanduan di atas jalan raya dengan casis kereta lumba .. puas hati kan? Kekuatan struktur model ini juga kalau dperhatikan pada gambar yang uncle sedia di bawah, tertumpu pada Pemegang bar berbentuk "X" yang diperbuat dari aluminium yang dipasang pada ruangan depan enjin, memberikan pemanduan tanpa goyang-inul, mantap untuk meratah selekoh.
Sentuhan dalaman
Dari segi dalamannya, pihak Viper masih mengekalkan ciri kesederhanaan. Disebabkan model Viper direka untuk bawak laju, jadi suasana dalam diringkaskan agar mata tertumpu di depan. Walau bagaimanapun kabin dalaman telah diperbaharui supaya tampak ekslusif dengan warna merah-ang !! dengan kontras paduan warna 3 lapisan "gun-metal"
Kata uncle - Sudah pastinya model terbaru Viper ini mendatangkan suatu ancaman kepada model sekutunya. Model kereta yang boleh disamakan dengan taraf kekuatan Viper adalah seperti Chevrolet Corvete ZR1, Porsche 911 Turbo dan Audi R8. Sudah semestinya satu persaingan yang sengit untuk menjadi jentera pilihan para pembeli.
14 comments:
Peh!! seronoknya kalau dapat sebuah.. hehe
ukup menarik.. dan sangat la tertarik.. merah itu menawan
@nasir hamzah - uncle pun berangan cam nasir gak...huhuuu
@syiela cepat pujuk suami kamu simpan duit dari sekarang hihihi
bergaya sakan lah klu dapat...uncle nak tumpang tak?kekeke
warna merah kesukaan saya!!!!
assalam, merah yang segarang dengan keunggulannya..
klau dgr viper, tingat kt keta dlm citer tv dulu2 tu.. siap bole tukar2 kaler wktu drive ^^
@uncletak nak lah uncle nanti dia sayang keta dari saya :)
best nya klu dpt sebijik kan
bestnya kalau dapat. :D
kalau banyak duit nak jugak beli kereta nie..tapi apakan daya..kereta buatan malaysia gak yang mampu hehehe
Salam Ramadhan, kunjungan perdana di blog yang penuh dengan entry menarik. salam silaturahmi..
memang tak bermimpi apa lagi nak pakai
Post a Comment