Mini Cooper Coupe 2012

Lebih agressif dengan sifat gangsterism.

Kereta mini, kereta "cinonet" di jalan dan menjadi lagenda kini telah bersalin kulit dengan pengenalan model Mini Cooper. Nak kata kecik uncle tengok kelibatnya di jalan raya, tak lah kecik cam kereta mini, lebar dan laju semacam jer bila berada di lebuhraya. Ulasan tentang Mini Cooper adalah permintaan dari sahabat blog kita iaitu cik Azira. Harap enjoy dalam pembacaan ok.

Tahun ini telah menyaksikan kemunculan model terbaru dalam keluarga Mini Cooper iaitu Mini Cooper Coupe. Tiada perbezaan dari segi fizikal, masih sama seperti model asal, akan tetapi perubahan ketara boleh nampak di bumbungnya. Ketinggian bumbung telah di rendahkan, nampak seperti proses "customized" - potong bumbung (chopped) tapi sebenarnya memang dibuat begitu untuk membuag berat serta memberi lebih kelajuan.

Perubahan yang nampak ketara boleh dilihat menerusi spoiler seakan tersembul di belakang (hujung bumbung) untuk memberi lebih aerodinamik. Pada pendapat uncle, nampak pelik sedikit .. nampak ada hubungan yang agak kontras antara bumbung dan badan kereta.

Perubahan-perubahan lain sudah semestinya melibatkan enjin, bodykit serta kosmetik dalamannya. Kalau dulu Mini Cooper ada tempat duduk belakang, kali ni Cooper Coupe takde tempat duduk belakang.kalau nak muat jugak, boleh sumbat ke bonet belakang. Mak tak marahpun !!

Untuk memberi pilihan kepada pembeli, Cooper Coupe menawarkan 3 versi iaitu Cooper Coupe (biasa), Cooper S Turbocharged Coupe dan John Cooper Works Coupe (JCW). 2 model advance tersebut dilengkapi dengan sistem gear paddle shift.

Dari segi prestasi .. Cooper coupe standard memecut dari 0-60mph dalam masa 8.3 saat, versi Cooper S Turbocharged Coupe pula telah mencatatkan masa lebih pantas..dengan hanya 6.5 saat dengan kelajuan tertinggi 142mph. Model advance Cooper Coupe versi JWC pula lebih sedikit lajunya dengan mencatatkan 0-60mph dalam tempoh 6.1 saat dengan kelajuan tertinggi 149mph.

Pihak Mini Cooper sudah semstinya ada strategi pemasaran yang baik untuk menyakinkan pembeli untuk membeli model ini disebabkan terdapat beberapa kelemahan setelah dipandu uji. Kelemahan tersebut adalah kabin dalam tak berapa kebal dari segi bunyi luaran terutama bila dalam keadaan kelajuan di lebuhraya. Selain itu ramai yang merungut kerana jarak bumbung dengan kepala terlalu rapat, menimbulkan ketidakselesaan terutama mereka yang bertubuh besar. Kelemahan lain, bluetooth audio streaming tidak disediakan dan akhir sekali harga JWC coupe yang agak mahal.


12 comments:

Azira Ldu said...

Thnks uncle.. cantik cooper ni.. warna hitam pun cntik jg .. :)

shuhadaothman said...

kereta idaman ! cantik n comel je :)

Terbelog said...

bontot panjang..x semat la

uncle said...

@Azira Ldu - uncle pun suka warna hitam ... nampak ganas hihhi

uncle said...

@|shuhadaothman|TM - waa tak sangka keter cooper idaman kamu ...

uncle said...

@Terbelog - mungkin jugak ... tak macam yg asal, nampak ok..

shuhadaothman said...

@uncle kereta idaman dri skolah mnengah lg uncle. haha. sebab comel sgt.

Cik Putri said...

suka yang ini! tp nak yg tic tac toe punya..puhlisss....:')

uncle said...

@Cik Putri - tic tac toe? apa tu? kasi pencerahan sikit..hehehe

ch000tz said...

kete pebereett!

uncle said...

@ch000tz axoera ヅ uncle sukakan cooper edisi terdahulu...macam tengok kat filem italian job tu hihihi

taleencagney said...

Encore's latest tower with modular-shaped modular-shaped
Encore's latest tower with modular-shaped modular-shaped modular-shaped modular-shaped titanium white modular-shaped 2018 ford fusion hybrid titanium modular-shaped price of titanium modular-shaped babyliss pro nano titanium curling iron modular-shaped titanium engine block