Abarth 695 Tributo Ferrari

Amukan mini Ferrari disebalik kecomelannya.

Buat pertama kalinya diperkenalkan di Frankfurt Motor Show pada tahun 2009. Banyak keunikan yang telah diberikan kepada kereta ini, dan sebelum tu uncle nak kasi tau kat sahabat semua, model yang dikeluarkan ni adalah "tersangatnya power" dari list keluarga Abarth 500. Karang korang tanya pulak..Abarth 500 dari mana ? hishhh biar uncle kasi pencerahan .. Abarth ni adalah penala atau cakap "omputihnya" tuner. Bila Fiat 500 dilancarkan maka berlakunya kolobrasi antara Fiat dan Abarth. Bila dikeluarkan model Abarth 500, depa terus tukar lambang fiat ke lambang kala jenking, bukan lambang ungka atau mentadak terima kasih.!!

Berbalik pada kisah Abarth 965 ni pulak, kali ini geng-geng dari Ferrari pulak berminat nak "bersama" Apabila tuner Abarth bergabung dengan kejuruteraan dari Ferrari, maka hasil yang dikeluarkan memang walaweii cukup dasyat ler.

Apa yang dasyat tu? Meh uncle terangkan satu persatu. Semestinya membuatkan korang terlopong dan terpegun hahaha

Model ini boleh ditakrifkan satu satu lagi pilihan kereta mewah terutama untuk mereka yang sukakan model yang kecik-kecik. Sudah tentunya kepada pemilik atau pengumpul kereta mewah jenis Ferarri (satu koleksi wajib kot) Korang nak beli pun uncle ada kisah?
Tengok pada luaran pun dah tau, cat merah Ferrari dengan jalur ditengah-tengahnya (diambil dari salah satu model Scuderia). Bukan itu sahaja, pelbagai akseseori tambahan telah disumbat untuk membezakan dengan model Abarth 500.

Ciri-ciri tambahan

Kalau dah bergabung dengan jurutera Ferrari maka enjn merupakan nadi perubahan terbesar, dengan 1.4 T - Jet Turbo 16V ditala untuk memberikan sungkitan sebanyak 180HP. Kotak gear pula dari jenis MTA (Manual Transmisi Automatik) dengan pengenalan paddle gearshift di belakang stering (biasanya diletakkan pada kereta sport, err tapi model ni pun dikira kereta sport jugak !)
Kereta nampak kecik tapi jangan tak percaya, rim tayar jenis aloi 17" - bapak besar !! lepas tu diberi pulak brek jenis Brembo, biar brek "menyakaq"

Lampu pulak bukan jenis halogen tapi telah diganti dengan xenon hasil dari Magneti Marelli Auto, bukan lampu cikai beb!!

Tempat duduk pula telah berkurangan 10kg dari yang standard. Abarth Corsa dari jenama Sabelt dan kerangka tempat duduk dari gentian karbon.

Stering pula disadur kulit berwarna hitam dengan paduan warna merah dan ruangan dalaman iaitu dashboard serta instrumen lain dibuat oleh Jaeger, tapi banyak ilham hasil dari instrumen tipikal Ferarri. Dan kalau diperhatikan ke bahagian letak kaki dilindungi sepenuhnya dengan pelapik aluminium tahan licin dan pedal tekan minyak dihiasi dengan lambang kala jenking.

Dan satu lagi ciri penting pada Abarth 695 terletak pada sistem ekzosnya yang dihasilkan dari Ferrari. Kalau dari pengkiraan kita, model yang keluar tu "kecik comel-lotei" jadi sound dia pun halus-halus jer, tapi korang silap !!! Bunyi yang dihasilkan dari Abarth 695 ternyata memekakkan telinga tak padan dengan badannya. (Inspirasi bunyian melebihi 3,000 rpm)

    




Harga ?

Haaa mungkin ada yang tengah berkira-kira nak membeli tapi kurang pasti dengan harganya. Uncle kasi pembayangnya .. jika model Fiat 500, harga dalam linkungan RM125k kemungkinan untuk model Abarth 695 harganya mencecah RM300k atau lebih. Moh kita kumpul seposen sehari hahahha 





10 comments:

FARHAN said...

comey! suka3.. esk nk gi beli lah.. kite dh lme menabung seposen shri.. kikikiki..

uncle said...

@FARHAN - hahaha ..leh lah seperate kan tabung tu untuk kegunaan uncle ..ngee**

Azira Ldu said...

cantiknya pewwit..

uncle said...

@Azira Ldu -salah satu kereta kegemaran uncle ..

Abhamz said...

assalam, ala mini cooper je...

uncle said...

@Abhamz - seakan-akan ... lebih kurang sama saiz nya dengan mini cooper ..

azie namico said...

klu azie pakai kete nie , mesti comey nie..hahaha

Azira Ldu said...

@uncle
wah cita rasa tinggi ..

TiranaAduka said...

Dapat lihat jadilah..........

Batu Adventure said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/