Ford F-150 SVT Raptor 2010

Nak panggil trak boleh, lori pun boleh.

Mungkin korang tahu di pasaran sekarang pihak Nissan masih lagi menggangap trak Navara merupakan trak terbesar 'Mother trucker" itu tagline mereka. Jika Pihak Ford membawa masuk trak Ford F-150 SVT Raptor (harap-harap lah masukkkk) boleh jadi tagline "bapak trak" boleh digunapakai kot hahah.

Trak Ford SVT Raptor memang terkenal di US. Serasa uncle cuma Tengku Mahkota Johor mempunyai trak gergasi Ford F650. Satu-satunya trak yang ada kat Malaysia .. yang terbesar..!!

TMJ punya supertruck .. besorrrr !!!
Raptor ni diperkenalkan dalam dua versi .. pilihan kepada mereka nak guna trak ni untuk apa ... standard rasanya tidak cukup untuk pembeli maka depa bagi dua pilihan .. Raptor Pakej Plus dan Raptor Pakej Mewah.

Mengenai kuasa, boleh dikatakan trak setengah tan ni memang tersangat mantap, jika edisi pertama Raptor hanya tersedia enjin 5.4 liter, model terbaru didatangi dengan 6.2liter V8 berkuasa kuda 411 dengan tork sebanyak 434Ib. Enjin yang besar dilengkapi dengan sistem ekzos dalam memberikan bunyian yang unik.

Raptor menggunakan 6 kawalan transmisi automatik, memberikan pilihan kawalan gear. Sesuai sangat kalau dibawa ke jalan bukit bukau.

Dari segi minyak, bila tengok saiz trak, rasanya dah sedia maklum memang ketedarah minyak (11mpg-bandar dan 16mpg-lebuhraya) mengikut pengukuran EPA.

Dari segi kawalan, Raptor telah membangunkan casis yang begitu berdaya tahan, Peredam penggantungan direka oleh Fox Racing Shox, mencegah trak dari berada pada tahap terendah. Tayarnya pula dari BE Goodrich All-Terrain TA / KO 315/70-17 dipasang pada roda berukuran 17 inci. Jika nak oof-road boleh guna tayar berukuran 35 inci.






Saingan utama Raptor adalah dari Chevrolet Silverado 1500. Jadi ada pilihan untuk kuasa membeli. Jika ditanya pasal harga, masuk Malaysia, kena cukai, kena tax bla..bla..bla.. anggaran dalam RM230,000.00.

Kata uncle - uncle sukaaaaa tengok gril depan tu, nama ford memanjang, nampak ganas nampak trak tu lebar, bila agaknya nak masuk malaysia? Buat masa ni Pihak Ford dah bawak masuk Ford Ranger 2.2 TDCi 150 XLT (RM113,746.00)




5 comments:

azie namico said...

nie klu pergi cameron highland syiok nie...

Anonymous said...

Tmj punya f650 tu lhd ke rhd ?

TA said...

huhuhuhu........pernah tgok live kereta nie.......kat malaysia...kat kastam

Anonymous said...

roadtax saje rm16 ribu lebih setahun..

Anonymous said...

Baapaaakkk mahaiii...200k lebihh... Bru ushaa nak bli.. Triton ja laaaa nampak nya nii hmmhmmmmm ohh malaysia ohh tax