Siapa tau jenama Maserati? uncle jamin ramai yang tak berapa mengetahui jenama nih kecuali mereka yang betul-betul minat dan mempunyai pengetahuan tentang kereta nih. Maserati adalah kereta keluaran Itali, setanding dengan jenama Ferrari kecuali ianya lebih bersifat eksklusif dan sentuhan gaya klasik yang menjadi identiti Maserati. Sejak kebelakangan ni Maserati aktif mengeluarkan produk-produk kereta yang berdaya saing seperti GranTurismo S dan Quattroporte GT S Sport.
Pada tahun ni seakan tidak puas dengan keluaran terdahulu, pihak Maserati telah menlancarkan satu lagi produk kebanggaan mereka yang dikenali sebagai Maserati GranCabrio Convertible Sport. Perkenalan awal adalah di Pertunjukan Auto Show di Geneva 2011. Seterusnya dibangunkan untuk tujuan pemasaran menjelang tahun 2012.
Apa yang bagus tentang model baru nih? Maserati GranCabrio mempunyai kuasa yang dinaik taraf iaitu 4.7 liter V8 dengan peningkatan kuasa sebanyak 450bhp. Berupaya memecut 0-100km/h dalam masa 5.2 saat. Dengan transmisi 6 kelajuan termasuk mode MC Auto Shift yang dibangunkan untuk model ini, telah memberi impak kelajuan yang lebih baik berbanding model terdahulu.
Dari segi hiasan dalaman, memang tampak mewah, paduan warna kontras antara putih dan hitam memberi impak yang nyata. Untuk cat luaran, Rosso Triaonfale ( merah klasik ) adalah pilihan Maserati untuk memberi pernghormatan kepada pemenang kejohanan lumba kereta Maserati pada tahun 1950-an.
Kabin dalaman, kulit dari Bianco Pregianto dan Grigio Chrono digunakan (berapa banyak lembu dikorbankan daa). Bianco adalah warna putih yang lebih putih tulen daripada warna mutiara manakala Grigio adalah warna kelabu gelap bagi menyokong warna Rosso Trionfale.
Jikalau berminat. Pihak Maserati memberi pilihan sebanyak 13 warna pilihan untuk tempat duduk . Terbaik punya perkhidmatan..dah orang beli mahal-mahal, maka servis pun semestinya ada klass.
Dari segi kawalan, sistem penggantungan suspensi "skyhook sport" yang dikendalikan sepenuhnya menerusi komputer memberikan kawalan pengendalian, cengkaman dan keseimbangan dan menganalisis secara terperinci dengan apa jua keadaan yang dihadapi. Brek telah dinaik taraf dengan cakera lubang-lubang di semua bahagian roda untuk membantu memudahkan model ini berhenti dalam jarak 35 meter dari 100km/h.
Pendapat uncle, model ini amat hebat dari segi kawalan, prestasi serta kecantikan dalaman serta luaran. Sentuhan kemewahan serta kecanggihan teknologi disatukan. Salah satu model eksotik selain daripada model yang ditawarkan oleh Ferrari.
Berkenaan harga, jika model sebelumnya iaitu Maserati Gran Turismo S dibawa masuk ke Malaysia dengan harga pengenalan sekitar RM1.28 juta, tak tahu lah apa pulak harga yang bakal dikenakan pada model terbaru GranCabrio !!!.
19 comments:
kita gol.yg xkenal kete nie..huhu...nmpk perghhhh..hebat kot...telan air liur je laa uncle...mood frust..!
tau kewujudan kete ni sebab selalu main game. huhu
mahaaaaaaaal sgt ....xmampu huk3
perghhh. nanges sat tengok kereta ni.
fuyooo..semat molek keter..
tak pernah tau pun hehehehe.... mmg buta kereta sikit...tapi menariklah
assalam, mmg mengancam...Nazmi boleh le beli kut?
last year, nmpak satu lori khas angkut satu maserati hala ke utara.. keta ni mmg mahal giler, x ramai mampu beli, ramai mampu tgk jaa, hukk...
@Nyue - telan air liur banyak-banyak jadi aii boleh kasi ilangkan haus hahahha ...takpa..lepas ni bertambah pengetahuan nyue tentang kereta hihihi
@cikguden - orang yg otai game mesti tau punya hihihi..uncle selalu main need for speed dan grid jer..yg lain jarang maen..
@ch000tz axoera ヅ cari yg termampu udah ler... hanya gambar sebagai wadah menjamu mata..^^
@Reena Kamarudin - papa keter tu buat kat hang sampai menangis? huk alaaa hahahha
@jelah smart keter...tapi tak smart pasal harganya hihihi
@syiela - buta kereta takpa..boleh tambah ilmu..jangan buta penglihatan..habis hilang nikmat dunia...err..betul ke falsafah uncle nih? kalau salah tolong betulkan hihihi
@Abhamz - err nazmi yg mana? tuan kasi pencerahan sikit leh tak? huhuu
@caliph shuriken - keter ni sama gerai dengan ferrari..so harganya mmg sedia maklum lah ... angkut ke utara? pi sampai mana? sapa lah pembelinya ??? huhuuu kayaaa..kaya...kayaaaaaaa
@uncle Nazmi Faiz yg main kelab Portugal...gaji dia kan RM300,000 sebulan?
@Abhamz - hahaha uncle ingatkan nazmi mana tadi yg tu uncle tau lah..ooooooo maafkan uncle .. kalau dia tu..mm boleh lah beli..gaji ratus ribu sebulan ... kalau main bagus..dapat kelab lagi bagus...tiap-tiap bulan boleh tukar keter baru hihihi
memang uncle minat giler pada kereta...
From TiranaAduka.....: Blog Tirana Aduka Juga
Post a Comment