Audi R8 GT 2012

Mesin eksotik lagi ekstrim yang perlu diawasi.

Audi telah memperkenalkan model R8 yang menjadi satu trade mark dan sentiasa mendapat pujian dari penggemar serta pengkritik. Dengan rekabentuk yang tersendiri maka tak hairanlah model ini menjadi satu jentera yang sangat ekslusif. R8 GT telah dilancarkan pada thun 2012 dan apa yang uncle tau, model ini secara tidak langsung memberi ancaman kepada model yang seangkatan dengannya iaitu Porsche 911 GT3 RS, Chevrolet korvet Z06 Edisi Karbon dan Lamborghini Gallardo LP570-4 Superleggera.

Apa yang menyebababkan R8 GT istimewa? sebab ianya adalah edisi yang bukan calang-calang murah harga dan model ini amat terhad pengeluarannya. Hanya 333 bijik dikeluarkan seluruh dunia, siapa cepat dia dapat, kalau bertuah badan dapat seketul, boleh riak 7 hari 7 malam !! hahaha

R8 GT mempunyai enjin berkapasiti 5.2 liter V10, dengan janaan 560bhp serta transmisi manual enam kelajuan. Menggunakan platform yang sama dengan R8, model ini berupaya mencatat kelajuan 60mph dalam masa 3.6 saat. 

Brek boleh dibuat pilihan asalkan ada duit lebih. Model ni sebenarnya guna brek biasapun dah cukup bagus, tapi jenis manusia tak puas hati apa yang ada, boleh pilih pakej brek seramik, brek lah ko sepuas hati !!

Downforce model ini telah dipertingkatkan dengan laluan udara depan lebih dalam, meresap aliran udara hingga ke alur belakang. Model ini sangat ringan dan responsif sungguh cepat melalui selekoh tajam walaupun kereta ni pada fizikalnya kelihatan besar. 





Walaupun model ini kelihatan agak ekstrim hanya untuk pemanduan trek, sebenarnya model ini amat mudah untuk dijadikan sebagai pemanduan setiap hari kerana model ini memang untuk digunakan di jalan raya dan boleh juga beraksi di trek. Suka hati korang lah nak buat apa pun, asalkan jangan bawak masuk ke jamban udah ler.




11 comments:

caliph shuriken said...

sy suka tgk audi sbb design dia simple tapi lawa.. dh bosan dh tgk audi tt kt area sy ni, huh...

uncle said...

@caliph shuriken - kat perlis uncle tengok ada audi suv .. rega anggaran RM500k huhuuu audi tt mmg best..tapi dah ketinggalan..patutnya ko nasihat dia suruh tukar keter baru hihihi

uncle said...

@zana - takpelah zana oi..kot-kot..terkawin dengan pak sheikh arab ..boleh naik audi tiap hari hahaha

Cikgu Badar said...

500k ye..gluuppp

ch000tz said...

audi...mmg berkenan sgt²!

uncle said...

@ch000tz axoera ヅ - kalau dalam top gear..pengkritik kereta dok asyik puji audi saja ....

uncle said...

@Cikgu Bada tu keter sudi suv terbaru..dari apa yg uncle faham..rega dia mmg tahap setengah juta ringgit huhuuu

syiela said...

500k ke.. alamak! hehehehhe je la

uncle said...

@zana - jodoh maut ketentuan tuhan...jgan sampai uncle dapat kat kawin bertatah emas dari kamu udah ler hahaha

uncle said...

@syiela - bagi orang berduit..500k apa lah sangat..selit celah pusat jer hihhi..uncle kalau dapat 10k pun tak tidur malam weiii hahahha

TA said...

audi nie......bab suspension yang paling tip top dan best in the world