Nissan GT-R 2012

Pembaharuan segalanya di tahun 2012

Pada umumnya pakat semua tau bahawa Nissan telah menggantikan jentera lagenda mereka iaitu Nissan Skyline dengan meletakkan GT-R sebagai "pengacau, penimbul kegelisahan model-model lain yang sedia ada, mungkin juga menimbulkan satu bentuk "kejelesan" dengan teknologi yang ada pada model Skyline dan GT-R nih.

Pada tahun 2012, pihak Nissan telah mengeluarkan model GT-R terbaru. Berbanding model GT-R lama sudah tentunya ada peningkatan dan perubahan dari segi kuasa dan juga kosmetiknya. Nak kata ubah banyak tu, tak lah sangat, cuma cuit-cuit sikit kasi lajak lebih 3-4 tiang dari model GT-R lama hahaha

Apa yang terbaru ? ok uncle sembang pasal kuasanya. Terdapat peningkatan iaitu sebanyak 530 kuasa kuda (45hp lebih dari tahun lepas) dan tork sehingga 434. Hasil dari pengubahsuaian sistem turbo dan ekzos.

Dari segi kemasan dalaman semuanya serba hitam dengan pemuka dari gentian karbon dan segala suis yang ada telah dibikin semula termasuk juga dengan alas kepala hotak. Pendek kata semuanya hitam. Kalau mamat negro masuk .. tersengih-sengih nampak gigi jer hahaha ..opss merepek lak !! sori semua... serius balik..serius balik ..

Ciri-ciri lain masih standard umpamanya roda aloi 20 inci dengan tayar berprestasi tinggi, lampu xenon, LED untuk suluhan disiang hari, brek Brembo, penggantungan elektronik boleh laras, kulit / suede upholster, pemanas kerusi hadapan (nak panas jadah apa? goreng telur? hahahha) mungkin versi untuk pasaran Eropah. Penghidup tanpa kunci, dua zon iklim kawalan automatik, 11 bijik speaker, sistem audi dan 2 bijik subwoofer berjenama Bose, radio stelit, sambungan ipod dan juga telefon bluetooth.

Jom tengok enjin pulak. Model GT-R 2012 dijanakan oleh 3.8 Liter V6 kembar berkuasa turbo yang menghasilkan 530hp (kuasa kuda = horse power) dan sungkitan tork sebanyak 448Ib. Melalui ujian drag yang dijalankan, model baru ni berupaya henjut ke 60mph dalam masa 3.1 saat, setengah saat lebih cepat dari sebelumnya.

Dengan tambahan ciri keselamatan, model terbaru ini berupaya mencatatkan masa hentian 60 ke 0mph dengan jarak 98 kaki. Terima kasih kepada sistem anti-kunci brek Brembo serta kawalan kestabilan yang telah dinaik taraf.


Keunikan model GT-R kalau korang nak tau terletak pada panel sistem navigasi. Macam-macam benda atau maklumat pasal kereta dimasukkan, tak perlu nak letak meter bersusun berjela-jela dalam kereta, cukup dengan menekan butang sahaja, biar komputer yang menyelaraskan untuk kita. Hebat bukan?. Antaramuka telah direka oleh Polyphony Digital, pemaju siri popular Gran Turismo dalam permainan simulasi.

Kesimpulannya dengan pengenalan model GT-R nih..Pihak Nissan telah menyambung keseinambungan jentera berprestasi dan berteknologi tinggi untuk menjadi satu jentera yang sangat serius untuk kegunaan trek mahupun di jalanan. Dia tak kata pun untuk guna balik kampung, uncle yang cakap , tambah-tambah hahahha..



5 comments:

caliph shuriken said...

GT-R ni mcm kuda liar, mmg padan dgn kaler biru cmni.. ehh, ada paddle shift kn?!

uncle said...

@caliph shuriken - ada kot..nanti uncle test hahahha ....

Cikgu Bada said...

mau order 1..hee

uncle said...

@Cikgu Bada - takpa..nanti uncle pulun tekan ko punya GA ad hahaha

Abhamz said...

assalam, kalu uncle boleh test...mmg kagum giler.