Lexus LFA 2012

Supercar berteknologi tinggi dengan keeogan tersendiri.

Lexus telah memperkenalkan model LFA yang merupakan model supercar terbaik dan ditujukan kepada mereka yang sanggup untuk membayar harga yang tinggi ke atas model ini. LFA sudah tentu perlu dimiliki untuk menjadi koleksi super "rare" disebabkan keluaran unitnya terhad sebanyak 500 ketul. Disebabkan jumlah yang terhad maka harga yang diletakkan memang berpada kot ... $US 275k kepada sesiapa yang sudi hahahha

Apa yang menariknya model LFA nih ?

comolot muah..muahh
Pernah tengok filem Fast & Furious 5 tak ? alaa masa filem dah hampir tamat tu ... pasangan Han dan Gisele sedang memadu asmara dalam kereta LFA warna hitam, menyelusuri Autobahn Berlin .. err uncle cerita pasal asmara ker pasal kereta ? arghhh sudah !!!

Berbalik pada tajuk di atas, Keunikan model LFA terletak pada enjin 4.8L dengan 552 kuasa kuda V-10. Untuk pengetahuan semua, seperti enjin Merc AMG, enjin LFA dibuat secara penuh ketelitian. 1 ketul enjin = sorang yang bertanggungjawab buat. Kalau Ahmad buat enjin tu, tiba-tiba enjin terbakar atau tercabut nat, maka orang yang bernama Ahmad tu akan dicari sampai ke lubang cacing hahahah !!






Keunikan lain adalah konsol yang terletak di belakang stering. Amat menarik dan berinteraktif, konsol digital tak ubah seperti bermain game PS3. Warna takometer (TFT-LCD) boleh bertukar-tukar warna jika memilih mode pemanduan (normal, basah atau sport). Boleh rujuk video di bawah.

Satu lagi keunikan LFA yang merupakan aspek daya tarikan LFA utama adalah "bunyi" yang dihasilkan ketika pedal minyak ditekan. Seakan bunyi enjin F1. Uncle secara peribadi amat sukakan bunyi enjin LFA nih.

Yang pastinya Model Lexus LFA 2012 ini merupakan salah satu barisan kereta mewah yang terbaik pernah dihasilkan oleh Toyota yang sarat dengan teknologi tinggi di dalamnya.





11 comments:

mzhany said...

aoex kah itu? owhhh no! ahahaha, uncle, kasik la kreta kaler hijau pulok utk next entry...

caliph shuriken said...

lexus ni design mmg lawa, slalu sy tgk kaler silver ^^

uncle nii, how can i drive w/ comolot scene, hukk...

mzhany said...

uncle, kotak komen kasik popup plisssss...;)

**tq in advance**

uncle said...

ada satu keter mmg suit dengan kaler hijau..akan uncle reveiw nanti hihihi

uncle said...

waa dah ada kat kedah ker? btw .. aksi comolot tu hanya di filem...kalau betul rasanya mmg terbabas ler hahah

uncle said...

kasik popup? nanti uncle tengok kesesuaiannya..terima kasih..

caliph shuriken said...

x laa uncle, lexus sy tgk tu model lain tapi kaler silver ^^

uncle said...

@caliph shuriken - ooo ingatkan lexus LFA tu huhuu

babycomel said...

model lexus memang cantik-cantik.. tp malaysia tak de kan model LFA ni

uncle said...

@babycomel - model ni "rare" kalau ada pun mgkin kerabat raja atau orang-orang kaya je yg beli ..

TiranaAduka said...

erm......ada niat nak beli tahun depan.......sebab dapat meklumat yang best...huhuhuhuhu

From TiranaAduka.....: Blog Tirana Aduka Juga