Shelby GT500

Model dengan kuasa V-8 paling power dalam kelasnya.

Jika ditanya kepada uncle, model kereta apa yang uncle minat dan menjadi satu idaman untuk membeli (walaupun tahu memang tak akan mampu membelinya hahaha), uncle hanya ada satu kereta sahaja iaitu Ford Shelby, entah kenapa berkenan sangat-sangat, sampaikan kalau main game racing keretapun uncle selalu pilih model ni. Mungkin disebabkan uncle memang sukakan muscle car dan satu lagi sukakan bunyi enjin menderam pergh layan beb.

Ok berbalik kepada model GT500 nih ..Untuk membezakan Ford Shelby dengan yang lain ialah warna badan kereta ( warna rasmi Ford Shelby GT500 ) iaitu warna biru dengan 2 jalur putih melintang. Selain tu proses pengubahsuaian dari segi enjin turut dilakukan dengan agresif.

untuk pengetahuan semua kudrat 662 kuasa kuda dan kuasa tork sebanyak 631 telah menjadikan GT500 lebih "gila" dan berkuasa dari model Ferrari 458 Italia.

Penyebab kelajuan yang terlampau adalah berpunca dari enjin 5.8L V-8 dengan 4 injap setiap silinder. Suntikan terbaru ini telah menjana tork hinggan ke puncak 631p daripada 2,000 kepada 5,800rpm. (takat siling ialah 6,500rpm dengan redline pada 7,000)

Dari segi kemasa dalaman, tak banyak perubahan seperti model sebelumnya, ringkas sahaja, bagi uncle ringkas itu menawan, ringkas sekadar ada benda-benda wajib kat dashboard, apa yang paling penting, ngauman enjin yang membuatkan gadis-gadis mongel dan seksi menoleh keghairahan hahaha ... untuk model GT500 uncle amat berkenan tengok seat (tempat duduk) sepasang dari Recaro, nampak berisi, padu dan padat, perghh kalau lah boleh dipasang kat kereta Iswara uncle hmmmmm....


Model GT500 adalah keluaran untuk tahun 2013, jadi tak banyak data teknikal yang diperolehi, cukup lah yang ada.. itupun dah memberi gambaran bahawa GT500 memang sebuah kereta yang cukup garang dari segi prestasinya.

uncle - teringin nak tengok kereta ni menjalar di jalan Kangar hari-hari. Adakah mungkin uncle yang memandunya ? Klik la nuff uncle hari-hari hahahha.

3 comments:

Unknown said...

wow ! berapa sen nie..klu murah nak beli lah...

uncle said...

@azie namico - kalu masuk pasaran malaysia selepas cukai dan OTR (on the road ) uncle rasa lebih dari RM800k ..sebab shelby tahun lepas-lepas pun harga standard dalma RM500k

TA said...

Tak sanggup tengok harganya uncle.......huhuhuhuhu gadai kebun dapat la beli pastu nak isi minyaknya tak mampu la TA....

From TiranaAduka.....: Blog Tirana Aduka Juga