Mercedes-Benz SLS AMG Roadster 2012

Mercedes semenjak dua menjak ni cenderung memperkenalkan kembali model-model klasik yang diberi wajah baru dengan memberikan suntikan teknologi terkini, model yang diketengahkan ialah 300SLS.

Pada tahun 2012, Mercedes SLS AMG Coupe bersama Roadster bergabung idea memberikan sentuhan pada 300SL. Dua tempat duduk dengan enjin 6.3 Liter DOHC 32 Valve. Menjana 563hp pada takat 6,800rpm. Terima kasih pada enjin AMG V8 suntikan bahan api elektronik. Kereta ni boleh pergi dalam masa 3.7 saat (0-60mph) Laju gak..

Bahagian dalaman memang ekslusif, tengok gambar di bawahpun mungkin membuatkan korang ternganga, jaga-jaga nanti lalat masuk mulut hihihi

Mode pemanduan boleh dipilih sama ada "comfort, sport, sport plus atau jemu dengan teknologi canggih tekan je mode manual. Selain dari knob AMG E-Drive, model ini turut dilengkapi AMG Shift paddle (untuk pemanduan manual)








Pilihan warna kabin sehingga ke steering boleh dibuat oleh pembeli. Kulit atau Alcantara pilih mana berkenan di hati. Untuk sistem bunyi, tak payah pening kepala nak modified, 1,000-watt Premium Bang & Olufsen sedia melayani telinga korang. Bunyi datang dari mana? Ada 11 bijik speaker dengan 2 subwoofer .. perghhh ini baru betul ICE POWER !!

Kata uncle - Memang cantik model ni, tengok rekabentuk luaran dan dalaman boleh mendatangkan cinta pandang pertama, tapi harga nya boleh menyesakkan nafas. Dalam US - Standard harganya dalam $196,100.00, jika tambah itu-ini harganya boleh mencecah sehingga $214,725.00. Err dalam mawatawang Dollar harap maklum hihihi.Normal lah, namapun Mercedes. Kereta yang akan menjadi klasik di masa hadapan.



10 comments:

|shuhadaothman|TM said...

perghhh! smart hat ni uncle. i likeeee !! :D

Abhamz said...

assalam, merc ttp menjadi idaman....mgkn ramai org pun sama.

uncle said...

@|shuhadaothman|TM - takpa...nanti kumpul duit..boleh beli punya..

uncle said...

@Abhamz - uncle boleh bayangkan betapa hebatnya tuan bila pandu kereta nih sambil berkaca mata hitam huhuu

|shuhadaothman|TM said...

haha. tu la. tunggu keja dulu. :D

caliph shuriken said...

merce ni sy paling suka model yg lampu depan bulat tu, klau tgk drp depan nmpak lawa ^^

uncle said...

@|shuhadaothman|TM sampai ke tua ler uncle tak dapat rasa naik keter kamu..beli ler keter kancil dulu ngehehhee

uncle said...

@caliph shuriken merc lampu kacang tu ka? apa jenis merc uncle suka..lebih suka yg klasik punya hihihi

azie namico said...

untungla klu dpt...

TA said...

kalau uncle ada...saya nak pinjam leh...?