Ferrari F12 Berlinetta

730bhp, bye..bye Enzo

Melihat para pengeluar kereta sibuk melancarkan model terbaru kenderaan mereka untuk tahun ini, Ferrari tidak mahu ketinggalan dengan memperkenalkan sebuah model baru yang disifatkan paling moden dan paling laju, dikhabarkan kuasanya telah mengatasi model Limited Edition iaitu Enzo Ferrari.

Model apakah ini ? Model yang uncle maksudkan ialah Ferrari  F12 Berlinetta. Diperkenalkan pada pertunjukan Auto Antarabangsa di Geneva. Model ini didatangi dengan enjin V-12 6262cc dengan janaan kuasa sebanyak 730bhp pada takat 8500rpm. Gambaran kepantasan? bayangkanlah kelajuan pada 340kph (211mph) dan anjakan 0-60 dalam masa 3.1 saat. !

Walaupun diletakkan sebagai kenderaan bertaraf supercar namun ianya amat praktikal di jalan, kali ini pihak Ferarri telah memasang enjin di bahagian depan untuk memberi lebih ruang bagasi di bonet belakang.

Yang menjadikan Berlinetta lebih laju adalah berpandukan kepada rekabentuk badan yang dibuat oleh pihak Ferrari bersama rakan kongsi mereka iaitu Scaglietti dalam merekabentuk "chasis spaceframe aluminium" dan bodyshell. Ia menggunakan sedozen lebih aloi untuk mengurangkan berat badan sebanyak 70kg berbanding dengan model 599.Oleh yang demikian berat bersih Berlinetta adalah 1,525kg.

 Dari segi binaan badan, bermula di depan bonet kereta "Aero Bridge" di pasang untuk menjana downforce dengan menyalurkan udara menyeliputi aliran sepanjang alur rusuk. Dengan bentul aliran udara sepnajng model F12 nih .. maka kepak belakang atau spoiler tak diperlukan lagi. Dan pada pendapat uncle, design yang cukup sempurna sekali.

Itulah Ferrari, yang terkenal dengan prinsip keseimbangan dari segi binaan berseni, kepantasan serta berteknologi tinggi. F12 Berlinetta telah menjadi keluarga Ferrari yang terpantas buat ketika ini.



11 comments:

caliph shuriken said...

jarang2 dpt tgk ferrari bentuk cmni.. slalu tgk versi muncung tajam, hikk...

uncle said...

@caliph shuriken - yang ni baru keluar..masih panas lagi hahaha ... mungkin rekabentuk dia tak berapa nak tajam untuk memantapkan downforce ...

shuhadaothman said...

agak-agak klau nk buat hntrn kawen brape thun bru ckup ni. hewhew :D

uncle said...

@|shuhadaothman|TM - hahah tak tahu lah shu oi...hantaran kawin pun kalau boleh kumpul..kot-kot laki jaga keter lebih dasat dari jaga bini hahaha

shuhadaothman said...

@uncle why la laki syg keta lebih . grrr. kaen ngn keta je la cmtu. hahaha :D

uncle said...

@|shuhadaothman|TM - kaen dengan keter? hahahah ...

aridz azmil said...

FERRARi.. osemm :)

Muhamad Rozaide said...

Hoho ! Smart nye.. Agak2 mahal x ek ?? Kihkihkih . xD

Regard from Boyz_ed

http://www.boyz-ed.com

uncle said...

@Boyz_ed rasanya boleh panjat je angka jutaan ringgit ... dah nama pun ferrari hihihi

Muhamad Rozaide said...

@uncle

Hehe , kan2.. Masyuk habis... :D

Unknown said...

assalam, setakat ni model ni yg paling pantas di dunia ke uncle?